Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20090613

++ Adab Makan ++

Banyak penyakit yg menyerang manusia berkait rapat dgn makan dan minum. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w sering mengingatkan umat islam berkaitan bahaya perut agar mrk berwaspada dengannya.

Dlm kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali menyenaraikan tujuh adab sebelum makan yg perlu dijaga :-
> Memastikan makanan dr sumber yg halal
> Membersihkan tangan
> Meletakkan makanan dlm bekas yg diletakkan di lantai krn ia melatih diri utk bertawadduk. Ttp jika makanan diletakkan di atas meja tanpa melampaui batas, ia tidaklah dilarang
> Duduk secara betul. Dilarang makan sambil berbaring atau bersandar
> Berniat agar makanan itu mendatangkan kekuatan utk beribadat kpd Allah
> Bergembira dgn rezeki yg terhidang dan bersyukur
> Berusaha utk tdk mkn seorang diri, ttp bersama2 dgn org lain walaupun drp kalangan keluarga dan anak sendiri.

Imam al-Ghazali juga menyenaraikan adab ketika makan yg perlu dijaga agar makanan itu diberkati oleh Allah :-
= Mulakan dgn bismillah dan doa
= Makan dgn tangan kanan
= Mengunyah dgn baik
= Jgn dicaci sebarang makanan
= Sebaik2nya dijamah makanan yg terdekat kecuali buah2an
= Jgn menghembus makanan yg panas. Tunggulah dgn sabar
= Jgn makan secara berlebihan
= Apabila terpaksa minum air, pastikan ia sedikit saja kecuali jika perlu.

Berhubung dgn adab selepas makan, Imam al-Ghazali memberikan beberapa panduan :-
~ Berhenti mkn sebelum kenyang
~ Menjilat jari
~ Membasuh tangan
~ Berdoa
~ Mengeluarkan makanan yg terlekat di celah gigi
~ Byk bersyukur kpd Allah
~ Beristighfar agar diampunkan Allah andai ada unsur syubhah pd makanan.



No comments: