Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20090605

++ Tazkirah ++

Satu e-mail yang saya terima. Untuk renungan di pagi Jumaat, 11 Jamadil Akhir 1430H.





PERLUKAH INGAT MATI



Kematian ada di mana-mana, pasti akan datang. Bila tiba saatnya pasti kita akan dijemput, tidak kira usia, waktu dan musim. Kita tidak dapat menolaknya.



Alangkah baiknya kita sentiasa mengingati hari kemudian untuk menghadapinya, tiada jalan yg paling baik melainkan beriman pd hari akhirat. Iaitu hari terakhir drp alam maya ini, juga disebut hari akhirat.



Perlu mencari bekalan utk hari akhirat dan lenyaplah kecintaan yg melampaui batas terhadap duniawi. Jauhi kecintaan yg hina dan rendah nilainya.



Orang yg melupakan kematian, akan sentiasa melakukan sesuatu tanpa kawalan, akan melakukan kezaliman, maksiat, dosa dan sebagainya tanpa batasan.



Firman ALLAH yang bermaksud

"Katakanlah! bahawasanya kematian yg engkau hendak lari daripadanya itu akan mendatangi engkau, kemudian kamu semua akan di kembalikan kpd Dzat Yang Mengetahui pkr yg ghaib dan yg nyata, kmdian akan diberitahu kpd kamu apa2 yg engkau lakukan"

(Surah Al-Jumu'ah, ayat:8)



Maksud Hadis,

"Jika engkau berada pd waktu pagi, jgnlah engkau menunggu petang (bagi mencari bekal menghadapi maut), jika engkau berada pd waktu petang, jgnlah engkau menunggu padi. Ambillah manfaat sewaktu hidupmu utk bekal kematianmu, dan ketika engkau masih sihat utk sakitmu."

(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban)



Manusia yg tenggelam dlm kemewahan dunia, dijajah oleh hawa nafsu dan diikat dgn perbuatan maksiat amat sedikit mengingati kematian. Mungkin tdk mengingati kehadiran malaikat maut membawa perintah ALLAH utk mengambil nyawanya, malah tdk timbul perasaan takut atau sedih krn mengingatkan yg bakal dihadaoi nanti, yg pasti gelisah ttg harta bendaya dan kemewahan yg akan ditinggalkan.



Ingatlah 3 pkr yg di tinggalkan iaitu:-

> Sedekah gyg sentiasa mengalir

> Ilmu yg memberi manfaat

> Anak yg soleh yg mendoakan utknya....





Marilah kita kembalikan nawaitu kita kpd yg satu - ALLAH swt - utk segala2nya.....





No comments: