Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20090612

++ Tazkirah ++

Tazkirah Jumaat 18 Jamadil Akhir 1430H

MENGAPA BIARKAN HATI MATI (PART 1)

Hati adalah organ paling utama dlm tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hambaNya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dgn baik agar tdk rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi mati. Sekiranya itu berlaku, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya akan lahir penyakit masyarakat berpunca drp hati yg sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yg wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan semuanya drp berbuat dosa dan maksiat.

Hati yg hitam ialah hati yg menjadi gelap krn bergelumang dgn dosa. Setiap dosa yg dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pd hati. Bayangkan bgm kalu 10 dosa? 100? 1000? Alangkah hitam dan kotornya hati itu.

Perkara ini jelas digambarkan mll hadis Rasulullah yg bermaksud:
"Sesiapa yg melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pd hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu drp hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dgn firman Allah bermaksud:
"Sebenarnya ayat2 Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mrk sudah diselaputi kotoran dosa dgn sbb perbuatan kufur dan maksiat yg mrk kerjakan."
(Surah Al-Muthaffifiin, ayat : 14)

Hati yg kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dpt dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kpd masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak manapun ilmu yg bermanfaat atau ilmu yg boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dlm hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan utk mengamalkannya.

Dlm hal ini Allah berfirman yg bermaksud :
"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras spt batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu2 itu ada yg terpancar dan mengalir sungai drpnya dan ada pula antaranya yg pecah2 terbelah lalu keluar mata air drpnya. Dan ada juga antaranya yg jatuh ke bawah krn takut kpd Allah sdg Allah tidak sekali-kali lalai drp apa yg kamu kerjakan."
(Surah A-Baqarah, ayat : 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yg keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah krn amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras drp batu hingga tdk boleh menerima petunjuk dan hidayah drp Allah.

Pkr paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yg bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pd hari Akhirat kelak.


No comments: