20090616

++ Lelaki dan Wanita ++

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

> Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
> Lelaki yang sedia menerima segala teguran
> Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
> Lelaki yang tenang dan lapang dada
> Lelaki yang baik sangka
> Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

= Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
= Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
= Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
= Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


No comments: