20090611

++ Elak Anak Minuman Berkafein ++

Kebanyakan ibubapa tidak menggalakkan anak kecil minum kopi namun tanpa disedari, mrk mungkin memberikan minuman atau makanan yg mengandungi kafein.

355ml tin minuman bergas atau empat kepingan (seberat 43g) coklat tenusu = 45mg kafein sehari.

Kafein adalah bahan semulajadi yg dikeluarkan pd bahagian daun dan biji kebanyakan tumbuhan. Ia juga dihasilkan secara tiruan yg ditambah pd jenis makanan tertentu.

Pd tahap lebih rendah, ia membuatkan pengambil kafein berasa lebih peka dan cergas. Namun pengambilan yg berlebihan akan menyebabkan gementar, sakit perut, pening, sukar memberi tumpuan, sukar tidur serta peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah.

Pengambilan kafein oleh kanak2 harus dikurangkan krn ia akan mengakibatkan risiko kegemukan melampau, kurang khasiat spt kalsium dll....

Teh ais pula bukan saja mengandungi byk gula malah kafein, sama spt minuman ringan. Pilihan minuman yg lebih baik utk kanak2 termasuk air kosong, susu atau 100% jus buah2an.


No comments: