Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20090626

++ Memelihara Persaudaraan ++

Persaudaraan hasil drp ikatan akidah yg stu serta rela berkorban melakukan apa saja kebaikan utk org lain atau saudara seagama adalah setinggi-tinggi darjat persaudaraan.

Dalam Islam, org yg hidupnya sentiasa menjaga persaudaraan akan diberi beberapa keutamaan oleh Allah swt.

> Pada hari kiamat, mrk akan ada naungan Arasy Allah swt

> Merasakan manisnya iman

> Dosa mrk diampuni oleh Allah swt.




Islam menyeru umatnya bersatu padu dan berkasih sayang, ttp realitinya ada sebahagian umat Islam pd hari ini berpecah, bermusuhan, berpuak-puak dan lebih menyedihkan, sanggup membunuh sesama sendiri.

Keadaan ini bertentangan dgn ajaran Islam yg menganjurkan umatnya berkasih sayang, hormat menghormati, bersatu padu dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Firman Allah swt dlm surah Ali Imran ayat 103:

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kpd tali agama Allah swt (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai"

"Dan kenangkanlah nikmat Allah swt kpd kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu) lalu Allah swt menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dgn nikmat Islam."


No comments: