Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20090619

++ Tazkirah ++

Tazkirah Jumaat 25 Jamadil Akhir 1430H

MENGAPA BIARKAN HATI MATI (PART 2)

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan pkr berikut :-

> Hati mati krn tdk berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tdk mengambil iktibar dan pengajaran drp didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman yg bermaksud :
"Maka kecelakaan besarlah bagi org yg keras membatu hatinya drp menerima peringatan yg diberi oleh Allah. Mrk yg demikian keadaannya adalah dlm kesesatan yg nyata."
(Surah Al-Zumar, ayat : 22)

> Hati juga mati jika tdk diberikan makanan dan santapan rohani dgn sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati krn tuannya tdk makan dan tdk minum, begitu juga hati.

Apabila ia tdk diberikan santapan dan tdk diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yg dimaksudkan ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dgn sebaik-baiknya spy tdk menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dgn cara byk mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah yg bermaksud :
"Iaitu org yg beriman dan tenteram hati mrk dgn mengingati Allah. Ketahuilah! dgn mengingati Allah itu tenang dan tenteramlah hati manusia."
(Surah Al-Ra'd, ayat : 28)

FirmanNya lagi bermaksud :
"Hari yg padanya harta benda dan anak2 tdk dpt memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak2 org yg dtg menghadap Allah dgn hati yg selamat sejahtera drp syirik dan munafik."
(Surah As-Syura, ayat : 88-89)

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sbb atau tanda2 hati mati ialah :-
= Mengaku kenal Allah swt, ttp tdk menunaikan hak2 Nya
= Mengaku cinta kpd Rasulullah saw, ttp mengabaikan sunnah baginda
= Membaca al-Quran, ttp tdk beramal dgn hukum2 di dalamnya
= Memakan nikmat2 Allah swt, ttp tdk mensyukuri atas pemberianNya
= Mengaku syaitan itu musuh, ttp tdk berjuang menentangnya
= Mengaku adanya nikmat syurga, ttp tdk beramal utk mendapatkannya
= Mengaku adanya seksa neraka, ttp tdk berusaha utk menjauhkannya
= Mengaku kematian pasti tiba, ttp masih tdk bersedia untuknya
= Menyibukkan diri membuka keaiban org lain, ttp lupa akan keaiban sendiri
= Menghantar dan menguburkan jenazah saudara se-Islam, ttp tdk mengambil pengajaran drpnya
= Tdk merasa dukacita krn tertinggal sesuatu amal kebajikan.

Mati hati itu krn 3 pkr :-
1. Hubbul dunia (kasihkan dunia)
2. Lalai drp zikrullah (mengingati Allah)
3. Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota bdan kpd maksiat.

Hidup hati krn 3 pkr :-
1. Zuhud kpd dunia
2. Zikrullah
3. Bergaul atau berkawan dgn aulia Allah.



No comments: