20110302

++ Aku Memang Gila Trafik! So What?? ++

Alaaa... BA, dah ngantuk dah nih.... tapi nak join jugak....

Sebuah segmen pemanas jiwa dari aku khas untuk blog blog yang berminat nak memanaskan kerusi masing masing .. Eceh ... Sebenarnya ini hanyalah sebuah segmen suai kenal untuk bulan MAC 2011 .. Pasti ramai blog blog baru kan ?

Syarat ? Untuk yang ini hanya dibuka khas pada blog yang punya follower di bawah 500 saja ... Amacam ? Berminat ? Tak susah pon ... sangat mudah .. Cam biasa , buat satu entri khas ...

1) Sila letak header BEN ASHAARI BLOG done


2) Tajuk : AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ?? dan linkkan ke entri ini .. done


3) Berikan satu cerita yang menginsafkan korang tentang kematian yang boleh dikongsikan bersama pembaca blog korang dan juga pembaca baru ..

a true story of mine.....

kehilangan dua orang kakak tersayang kerana barah adalah sesuatu yang amat memilukan dan dirasai sehingga kini....

pertama kali aku kehilangan kakak adalah pada 12 Julai 2008. kakak kedua ku, Samsiah binti Bahman. perginya kerana barah paru-paru. perginya setelah hampir setahun disahkan menghidap tahap 4, tahap yang kritikal. perginya meninggalkan lima orang cahaya mata. di hari sabtu, tatkala semua orang sedang sibuk menunaikan solat maghrib di GH Klang. boleh anda bayangkan.... anak yang sulung, weekdays daytime, dia yang menjaga ibunya tanpa banyak soal, tapi tatkala ibunya di hujung nyawa, dia adalah di rumah istirehat kerana weekend digantikan oleh adik keduanya pula. memandu dari bukit kapar ke gh klang dalam keadaan yang teramat sedih. alhamdulillah, sampai dengan selamatnya. tetapi tidak boleh memandu balik dek kerana terlalu sedih yang amat sedih..... anak yang kedua, dialah yang memapah ibunya ke bilik air dan ketika itulah ibunya mengalami sesak nafas dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. hanya dua bulan sebelum dia mengambil peperiksaan PMR..... anak yang ketiga, juga berada di hospital ketika ibunya menghembuskan nafasnya yang terakhir. tapi yang membuatkan kami lebih sedih ialah apabila dia membisikkan ke telinga sepupu2nya di hari pengebumian ibunya itu juga adalah hari lahirnya yang ke-11.... anak yang keempat, berada di hospital pada petangnya, tapi dipaksa oleh ibunya untuk pulang ke rumah neneknya, my parents, semata-mata kerana hendak dia mandi dan solat. tapi apakan daya, tatkala dia baru sahaja sampai ke rumah neneknya, ayahnya memanggil mengatakan ibunya sedang nazak. dan ketika kami betul2 berada di depan pintu besar hospital, berita itu datang, meraung dia di dalam kereta..... anak yang kelima, baru berusia 2 tahun setengah ketika ibunya pergi meninggalkannya. di kala ibunya terlantar di hospital, dia dijaga oleh my parents. dan ketika kami sedang menuju ke hospital, dia sedang tidur. adik ku yang tinggal dirumah menjaganya memberitahu, tatkala dia menerima berita pemergian kakak, anak nya tiba-tiba terjaga dan menjerit memanggil nama ibunya. dan di petang hari setelah pengebumian ibunya, dia tiba-tiba berlari ke halaman rumah dan menjerit, 'yea.. yea.... ibu balik....'

kehilangan yang kedua, kakak sulungku, Salmah binti Bahman, pada tanggal 19 Januari 2010. setelah hampir setahun di diagnos dengan barah usus tahap 3, tahap kesihatannya dengan drastik telah menurun di akhir dua bulan penghujung usianya.... meninggalkan tiga orang cahaya mata kesemuanya perempuan.... bersamanya di hospital walaupun setengah hari, amatlah memilukan sekali... dia banyak bercerita tentang perkara-perkara yang pada orang yang sihat adalah seperti tidak masuk akal. dia juga banyak memikirkan tentang perkahwinan anaknya yang bakal berlangsung lebih kurang tiga bulan sahaja lagi.... bercerita tentang apa yang ingin dilakukannya, itu dan ini.... sehinggakan tatkala anaknya sah menjadi isteri orang, bercucuran air mata kami adik beradik kerana mengenangkan hasrat arwah yang tidak kesampaian untuk melihat anaknya menjadi hak orang... mengenangkan tentang hasratnya yang tidak kesampaian untuk menduduki rumah baru semata-mata kerana kenduri kahwin anaknya yang sulung. sehinggakan bila dia mengandungkan anak sulung, dia bermimpikan ibunya datang menjenguk dan menegurnya kerana sudah kelihatan 'berisi'.... anaknya yang kedua pula ketika itu sedang praktikal di hospital di kedah. pulangnya tanpa dapat menatap dan mencium ibunya buat kali yang terakhir.... anaknya yang ketiga baru berusia 6 tahun dan adalah tersangat-sangat manja dengan ibunya. sudah 6 tahun pun masih makan bersuap. beberapa bulan selepas pemergian ibunya, adalah bulan-bulan yang sukar buat dirinya untuk mengadaptasi situasi yang berlaku....

aku pula pasti akan berasa fobia pabila orang bercerita tentang barah.... sehinggakan aku tidak berani untuk mengetahui tentang tahap kesihatan diriku. biarlah aku tidak tahu kondisi aku kerana bagiku, aku adalah seorang insan yang lemah mental dalam menghadapinya. fizikal ku mungkin kuat demi anak-anak, suami dan keluarga, tapi jika mental tidak kuat, bagiku penyakit akan lebih mudah menular... ya Allah, ya tuhanku, semoga roh kakak-kakakku tenang dan aman disana.... Aminnnn.....


Tu jeee... cepat cepat .. Tutup ? Esok !!! Grrr....






3 comments:

mas.saari said...

dah baca kisah awak..
baca kisah saya jugak ok~

jom follow2 utk tambah kenalan!

TAYAR PANCIT said...

hai awak :) saye dah join awak :)http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/terbaru-xia-xuanze-ganti-misbun.html

Dda Ly said...

mmg bagus abg ben buat segmen ni kan..byk cerita yg boleh dikongsi..menginsafkan..:)

meh ke rumah,
~farewell friends~
keep in touch ye..♥♥♥