20110307

++ H1N1 Kembali ++

H1N1 telah kembali!

Mcm buat comeback lah plak....

Tapi, rasa-rasanya mmg h1n1 ni tak pernah hilang. Cuma ianya tidak membabitkan kematian spt yg terjadi dlm masa 2 minggu yg lepas.

Yg lebih menggemparkan apabila ianya melibatkan murid-murid sekolah sehingga memaksa sesi persekolahan diberikan cuti semester lebih awal.

Dan maknanya akk akan lebih bizi melayan P/O dari hospital yg pastinya akan menyiapkan diri mrk dgn stok2 surgical facemask.

Masih ingat lagi dua tahun lepas bila h1n1 mengganas. Semua orang pun sibuk nak jadi pengimport facemask. Yg tak pernah muncul dlm list supplier hospital pun sibuk menonjolkan diri. Siap bagi harga runtuh pulak bila dah terjadi longgokan facemask di pasaran.

Surgical facemask ada 1 ply, 2 ply, 3 ply. Yg paling best ialah N95.

Gred hospital adalah 3 ply dan N95.

Sampaikan nak masuk hospital pun wajib kena pakai mask, siap kena charge lagik. So, all sales person sesiap bwk dlm beg diaorang...

Tapi, rasanya takdelah kecoh macam dulu kot. Still ok lagik. Tapi berwaspada yea semua.

Pastikan anak-anak anda dlm keadaan sihat. Jgn abaikan demam yg sedikit. Even batuk dan selsema pun jgn amik remeh.

Suruh mrk minum air secukupnya. Bekalkan dgn air masak. Jgn bagi air mineral jer.... Air yg dimasak dgn secukupnya di rumah.

Cuci tangan dgn air yg banyak. Jgn main celup-celup jer.





No comments: