Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20110306

++ Online Shopping ++

1) PC mestilah dilindungi.

Sebelum memasuki talian pastikan PC dilengkapi perisian anti virus atau perisian keselamatan internet yg dikemaskini utk melindungi drp perisian pengintip, virus, cecacing dan lain-lain ancaman.

2) Jangan abaikan tabiat baik ketika membeli-belah.

Disebabkan membeli belah di dalam talian, tidak bermakna anda boleh lupakan tabiat biasa seperti membuat tinjauan atau membuat perbandingan harga terlebih dulu sebelum membeli.

3) Buat carian penilaian.

Yang pernah dibuat oleh orang yg pernah membeli barang drp syarikat yg sama. Ia bertujuan utk mendapatkan ide terbaik mengenai kebolehpercayaan sykt itu.

4) Lakukan transaksi.

Hanya menerusi laman web yg selamat dan boleh dipercayai. Sblm membuat belian, pastikan pemilik laman terbabit memiliki ikon yg menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselamatan tertentu.

5) Bayar gunakan kad kredit.

Salah satu pkr yg sering diperkatakan ketika membeli di dlm talian ialah penyalahgunaan kad kredit. Secara ironiknya, membayar menggunakan kad kredit adalah kaedah paling selamat utk melakukan transaksi di laman web krn teknologi enkripsi dan validasi yg digunakan adalah antara yg paling selamat.

6) Cetak resit.

Atau helaian pengesahan pembelian. Sewajarnya anda menerima pengesahan belian secara langsung dari laman web atau e-mel setiap kali selepas membuat belian. Jika belum dapat, ambil perhatian! Sentiasa perhatikan pengesahan itu sehingga produk yang dibeli sampai ke tangan anda.

So guys and gals, happy online shopping!!!!!





No comments: