20110315

++ Mandi Hadas Besar ++

Aisyah r.a. berkata,
"Dahulu, jika Rasulullah s.a.w. hendak mandi janabah (junub), baginda membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga menganggap telah cukup, tuangkan air ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu disiram seluruh badannya dan kemudiannya dibasuh kedua-dua kakinya."
- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Cara mandi wajib yg paling baik adalah mengikut cara yg diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi iaitu:

1. membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar - Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar kerana Allah Ta'ala.

2. membasuh tangan 3 kali.

3. membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.

4. mengambil wudhu' sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.

5. membasuh keseluruhan rambut di kepala.

6. membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.

7. menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.

8. menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.

9. menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.

10. membasuh kaki.

Jika mandi menggunakan 'shower', tidak perlu 3 kali, memadai yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.


Kredit: Majalah Al-Islam





2 comments:

Miserable J said...

Sgt bermanfaat...tq

ArMie said...

Alhamdulillah.... mekaseh.