Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20110326

++ Pengalaman Selepas SPM ++

Mesti adik-adik lepasan spm skang ni tengah dok hentak2 kepala pikir nak pilih u mana nak masuk, course apa nak amik.

Pada yg kureng berjaya pulak, ngah dok finin2 kefala pikir nak buat apa setelah target tak mengena...

Akk dolu, masa lepas amik exam, dok umah tolong mak ajah ngan pak aji meniaga warung. Tapi akk takdelah dok kat warung tuh... Glamer ler plak nnt....

Mak ajah bilang, tolong dia then sesambil tu, amik course typing ngan komputer. And that is what i did.... Obedient lah katakannn..... alhamdulillah....

Beberapa bulan tu mmg tak terlintas kat kepala hotak akk nih nak kerja ker hapa bagai.... Yg akk tau, gi kelas menaip ngan komputer pastu tolong mak ajah ngan pak aji.

Bila dapat result, apply u, sumer pun tak dapat, tak taulah napa..... sudahnya akk ke form 6.

Akk dapat aliran sains sepertimana aliran akk semasa di tingkatan 5. Tapi, akk rasa cam tak leh nak carry ler pulak. Almaklumlah, sedangkan maths ngan add maths pun dah nak pengsan, inikan pulak double maths.... pitam akk....

So, akk tukar ke aliran sastera....

Lepas dpt result stpm, akk apply pulak maktab, tapi pun tak dapat jugak.... siannnn akk... Tapi yg bestnya, walaupun tak dpt masuk maktab, tapi skang nih kalau org tak kenal akk, diaorang akan ingat akk ni cikgu plak. Kakak kedai buku sekolah anak akk, tetiap kali jumpa mesti panggil akk cikgu... bangga pun ada gak.... hehehe....

Sudahnya, akk pi carik kerja jerlah... Dannn... alhamdulillah, dgn sijil menaip dan komputer yg akk ada masa tunggu spm dulu, ianya adalah amat berguna sekali.... Terima kasih pd kedua ibubapa ku....

Walaupun akk tak dapat membanggakan mrk berdua dgn masuk ke u, sekurang2 nya dgn stpm yg akk ada tu, dan pengalaman bekerja yg akk ada, akk dah boleh skip diploma utk terus ambil ijazah dan mungkin lebih dari itu...

Motifnya, buat adik2 yg nak tengah nak isi borang tu, fikirkan pro dan kontra nya. Jgn pilih u semata2 krn glamer dan femesnya shj walaupun tiada course yg anda minat di situ ataupun semata-mata sbb nak ikut kawan ker atau kekasih ker.... Dannnn.... yg paling penting, jgn salah isi borang. Baca betul2 setiap perenggan walaupun anda terpaksa membacanya sehingga 3-4 kali....




No comments: