Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20110308

++ FAKRIATHUL SYASYA BINTI FAKRI ANUAR ++

Tepat jam 4.28 petang 10 tahun lepas, lahirnya puteri kedua akk... Anak yg paling lewat overdue nya. 7 hari genap overdue...

Kemegahanku Yang Berseri-seri itulah maksud nama diberi.

Anak yang paling kecil sekali dengan berat 3.1kg berbanding dengan kakaknya 3.25kg.

Sampai sekarang ni pun, dia tetap kecil molek orangnya. Sampaikan orang pun konpius dia dgn abang. Orang ingat dia ngan abang adalah kembar. Sebab kakaknya kecik, adiknya besor tinggi. Pastu orang lagi konpius sbb dia panggil adiknya, abang. Dan adiknya panggil dia, kakak....

Mengandungkan dia adalah tempoh yang penuh dengan dugaan.

Adalah satu-satunya anak yang pegi check-up kat GH i/o kat klinik desa. Sticker kat buku pemeriksaan bulanan tu pun asyik lah bertukar dari warna hijau, pastu kuning, pastu merah....

Hingga kandungan di usia 8 bulan, akk admit ke wad semalam dek kerana dia adalah songsang (kepala kat atas, siap boleh nampak dan pegang lagik kepala dia kat perut ibu yang boyot tu). Semuanya terjadi bila akk gi check-up dan doktor refer ke specialist mengatakan anak akk songsang. Tapi specialist kata masih boleh pusing even though dah kurang air ketuban. Uiiihhhh.... sakitnya masa doktor pusing baby tu adalah tak dapat diluahkan dgn kata-kata. Dan akk jugak tak boleh nak bayangkan bgm sakitnya tangan misi yang kat sebelah akk masa tu. Akk dok genggam tangan dia masa doktor pusing tu.... Siannnn misi tuh.... mesti pastuh dia bengkak tangan, mc seminggu....

Ari rabu, sehari sebelum melahirkannya, akk gi check-up kat klinik desa sbb diorang sibuk kol kat umah tanya napa dah lama tak gi klinik check-up (mende ntah... diorang yg antar gi check-up kat GH, pastuh sibuk marah2 plak...). Dok citer ngan misi tu, tetiba kena marah. Dia suh gi sepital terus pas kuar dari klinik tu. Siap bagi warning lagik, jgn nyimpang2 gi tempat lain... Dia akan check ngan sepital to make sure akk sampai kat sepital.

Huh, nak tau napa? Sebab misi tu bilang, akk dah leaking 4 ari... haaa... ye ke?

The next day, early morning lebih kurang jam 7 pagi, akk dah rasa sakit. Ditolak terus ke labor room...

Tapi, hanya jam 4.28 petang saja dapat melahirkannya. Itupun setelah doktor bersiap-siap nak buat forcep utk keluarkan baby akk.... Dengar jer perkataan 'forcep' terus datang kekuatan ntah dari mana utk meneran dgn sisa-sisa tenaga yg ada.... Meneran 3-4 kali, barulah dapat keluar kepala baby. Selebihnya akk serahkan pada doktor sbb akk dah takde tenaga lagik....

Selepas lahir, dia terus dihantar ke wad pediatrik. Maknanya, akk tido dlm wad mlm tu tanpa baby disisi. Org tengok pun semacam jer, sbb takde baby... Tapi alhamdulillah, dgn tangan yg masih bercucuk dgn air sebotol dan tenaga yg dah habis seharian, ianya bagaikan rahmat sbb akk dpt berehat utk satu malam. Tido pun tak tau lah berdengkur ke hapa ntah.... sedar-sedar jer dah pagi.... huhuhu....

Alhamdulillah, dia adalah seorang anak yg kuat semangat dan bijak juga! Amat susah utk melihat senyumannya, tapi bila dia tersenyum walau sikit pun pasti akan terlihat lesung pipitnya yg manis tu.... Juga kakak yg garang... adik-adiknya amat takut dgn dia, tak padan kecik...

Semoga akan terus menjadi kemegahan ibu dan abah.... Aminnnn.....





No comments: