20110305

++ Getah oh Getah! ++

Wahhh... getah dah naik harga!

Hinggakan cikgu sekolah pagi pun boleh masuk ke kebuh getah di waktu petang untuk motong gotah!!!

Terbayang waktu kecik dulu.... masa balik kat kampung abah, Pak Aji... kat Muar, Johor...

Sejukkkkk jer kalau kat kampung. Siang pun tak terasa bahang panas sbb kiri kanan penuh ngan kebun getah arwah atuk. Kat depan umah, kat seberang jalan ada mesin perah getah sekerap. Huh, tak terlarat nak pusing. Nama mesin, tapi masih guna kederat tulang empat kerat.

Yang best tu, kekadang tuh siap tido bawah getah sekerap yg atuk jemur kat dapur umah... Abis bau getah satu badan. Tapi sonok....

Korang kalau nak main guli ker, nak main batu seremban ker, pi jer kat kebun kutip bijik getah... Nak seratus bijik pun ada. Kalau nak aniaya org, amik bijik getah tu, gosok kat lantai simen, pastu lekat kat kulit orang, huh.... terbakar! Jahat, kan? Hehehe....

Tapi, skrg ni, arwah atuk dah takde, nenek pulak kat sini sbb dah nyanyuk. So, kebuh getah tu dah di amanahkan buat adik Pak Aji. Semoga dia dapat manfaat dari kenaikan harga getah skrg nih....

Disebabkan harga getah naik, byk pokok getah tua yg boleh ditebang tapi tak ditebang. Sbb nya, klau kumpul sumer susu getah dari pokok2 yg dah tua tuh, even susu dari 3-4 btg pokok getah tua pun boleh bagi duit jugak!!!

Dannnnn.... antara yg terasa dek krn tiada tebangan pokok getah tua adalah pengusaha cendawan....

Sumer pun sedia maklum yg medium cendawan adalah menggunakan habuk kayu. Dan habuk kayu yg digunakan adalah dr pokok getah. Ini krn pokok getah adalah yg terbaik sekali dlm penghasilan medium cendawan.... Pokok lain adalah tidak bagus. Krn pokok kayu keras jika digunakan sbg medium boleh menyebabkan cendawan yg tumbuh berasa pahit....

Pernah juga saya berseloroh, knp tak gunakan perabot rumah yg dah tak digunakan lagi tu? Mesin jerlah, amik habuk kayu dan gunakan sbg medium.... Jawapannya, perabot telah dicampurkan, di cat, di varnish, dlm erti kata lain, dah ada campuran bahan kimia.... tak boleh guna...

Jadi, sekarang ni, akk nyer bisnes cendawan adalah sedikit terencat krn medium yg ada skrg ni dah nak expired. Bila dah nak expired, hasil yg dikeluarkan adalah sedikit. Jika di masa subur hari tu, satu beg medium boleh menghasil 7-8 kuntum cendawan, kini bila dah nak expired, kekadang sekuntum jer satu beg medium!

Alaaahaiiiii....

Skrg ni, bila tengok cendawan kat kedai dah tak heran dahhh.... Sbb nya, kami dah terbiasa makan cendawan fresh. Kalau nak, bila keluar jer cendawan tuh, petik, terus masuk dlm periuk... Tapi kekadang tuh kempunan jugak.... Maklumlah, customer harus didahulukan... Kami makan hanya yg tak hensem jer... tapi still ok lagik. Buat cendawan goreng ngan resipi tepung sendiri, perrgghhhh.... marbeles.... berebut anak-beranak... tak makan nasi pun tak heran....





No comments: