Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

20110322

++ Restoran Hajjah Yamah ++

Itulah nama kedai makan yg kitaorang pegi kat Sijangkang nun....

Batu 8, Sijangkang.

Simpang masuknya senang jer.


Korang pernah lalu jalan Sijangkang tu kan? Nak gi Banting ker, nak gi Morib ker, nak gi Pulau Carey ker, sumer pun lalu situ. Takdak jalan lain dah...

Ok, kalau korang dari Klang, lepas simpang Johan Setia/Pendamar tu, terus jerrr.... Jumpa Sijangkang Jaya, then Batu 7.


Sebelah kiri, korang akan jumpa Proton nyer tempat parking keta2 baru dia. Then depan lagi, korang akan jumpa Service Centre Toyota. Haaaa.... opposite tu lah simpang ke batu 8 sijangkang, sebelah kanan.


Korang masuk dalam tuh, ada byk simpang 4. Akk tak hingat lah bape simpang 4 nak kena lepas. Mlm dik nun, tak pasan akk.... But for sure, korang akan melepasi 2 simpang 4.

Tempat ni kat sebelah kiri yea.... Toksah tengok kat belah kanan dah, carik jer kat belah kiri...

Tempat ni adalah selepas sekolah rendah agama. Depan sket, korang akan jumpa mini market Hajjah Yamah.

Korang takkan nampak tempat ni dari luar, coz dia mmg kat sebelah dalam. Dalam area halaman rumah empunya tanah....

Best tempat nih.... Siap ada kolam renang lagik.... Ada kelas belajar berenang kalau korang nak... Ada taman permainan kanak-kanak. Mlm tuh, org tua sumer makan, bebudak kenyang main jer...

Menu nya pun pelbagai. Selain dari menu utamanya berdasarkan nama tempat tu, stimbot... ada menu cam biasa, tomyam dan menu2 yg sewaktu dengannya, western pun ada gak.... malam tu kitaorang makan sotong goreng tepung dia, perrghhhh... mantap beb....

No. tiponnya kalau korang nak try test tempat nih.... 03-3122 6176 ataupun henpon 012-2219664. Dibuka dari jam 10 pagi hingga ke 12 tengah malam.

Sila layan gambar yg akk copy dari FB Chef Ijoule. Akk nyer kabel tipon ntah ke mana ntah, tak jumpa2 lagik. Nak upload gambor pun takleh sudah...









5 comments:

Anonymous said...

memeng menarik..terasa keindahan kampung la...

Anonymous said...

Memang seronok... sgt ada kelainan... restoran tersorok..:-)

Anonymous said...

mai la datang semula ke restoran kami, setelah beberapa bulan kami tutup, kini kami buka semula dgn menu2 yg baru, tapi steambot masih ada lg..:-) Dr, anak pemilik restoran..

amirah3366 said...

puan, restoran kami dh lama tutup..kami sekarang ada homestay..kalo nak berkampung boleh la :-) ni link https://www.facebook.com/hajjahyamahhomestay

amirah3366 said...

puan, restoran kami dh kembali buka..tetapi di kawasan belakang utk sewaan majlis besar..kalo nk makan harian, boleh makan di sebelah pasar mini hjh yamah..ada masakan belut, ikan haruan dan somtham..selamat menjamu selera..